Di sini saya ingin menceritakan kisah yang berlaku di rumah saya di Jurong East St 31. Ia berlaku pada malam pertama pernikahan saya bersama isteri BABY. Selepas sahaja selesai majlis pernikahan saya bersama isteri pada malam itu, saya dan isteri pun mula berkemas dan membersihkan rumah kami itu, maklumlah
ia bukan sahaja malam pernikahan saya saja, malahan ia juga kali pertama kami beli rumah tu dan juga melangsungkan pernikahan kami di situ. Saya membeli rumah itu dari penghuni Cina dan rumah yg saya duduk sekarang ni bertentangan dengan mertua saya.Pada malam selepas pernikahan, kami berdua merasa penat sangat2 dan kami pun berbaringlah di ruang hall rumah saya dengan menonton TV. Sedang asyik saya dan isteri menonton TV, tiba2 terdengar bunyi seperti periuk belangah ditendang oleh seseorang. Dengan terkejut saya dan isteri terus terbangun dan saya pun mula menuju ke arah dapur. Bila saya hidupkan lampu dapur, saya tak melihat apa2 pun. Saya melihat jam dinding dan jam menunjukkan tepat pada pukul 12 mlm!!
Apabila saya duduk di rumah saya ini kami sering diganggu dengan benda2 yang menyeramkan kami. Pernah pada satu hari, isteri saya berada di dalam bilik dia ternampak "saya" berjalan melalui pintu bilik master saya lalu isteri memanggil, "Yang!! Yang!!" tapi "saya" tidak menyahut. Dengan rasa geram, isteri saya pun keluar dari bilik dan lihat tak ada orang di luar hall rumah saya. Bila isteri ketahui saya tidak ada di rumah pada malam itu, dengan kelam kabut dia mengunci diri di dalam bilik. Kadangkala isteri saya pun ternampak seorang budak kecil berjalan melalui bilik saya pada malam hari selepas pukul 12mlm.
Bila saya membawa mak dan adik saya menginap di rumah, mereka pun mengalami benda yang sama juga. Pertama, mereka seolah-olah melihat "saya" jalan melalui bilik tamu di mana mak dan adik saya menginap dan menuju ke dapur. Bila mak memanggil nama, "saya" tak menyahut panggilannya. Bila mak jenguk di dapur, tak ada org pun di sana, tapi bila mak dan adik menuju ke hall rumah, mereka dapati saya sedang menonton TV, lalu mereka rasa terkejut dan bertanya, "Apet!! Tadi kau ada pergi ke dapur tak??" Terus saya pun menjawab, "Mana ada mak??? Dari tadi org tengok TV mana ada org pergi dapur???" Mak dan adik terus rasa terkedu dan badi sekejap...
Benda ni sering saja berlaku di rumah saya dah puas saya panggil org pakar utk melihat rumah saya tapi satu pun tak berhasil. Sehingga sekarang saya duduk di rumah ini yg penuh dengan misteri dan benda2 ghaib sedangkan saya sukar utk percaya benda2 seperti ini.

Cerita ini kami dapatkan dari seorang teman. Ade sapa-sapa yang duk kat Jurong East St 31??? Seram!!!
No comments:
Post a Comment